Psycho Part 1

Keadaan di Borders IOI Mall Putrajaya masih lengang. Mungkin masih di pertengahan bulan. Manusia yang bernama pelanggan belum jejak kedai buku lagi. Ain dengan langkah senangnya masuk kedai tersebut. Sengih sahaja melihat buku buku yang banyak. Walaupun ada je buku yang dia tak berapa minat, bukan dia ambil peduli pun.

Dia melangkah ke teen fiction dan mencari buku Rick Riordan. Ada kawan dia cakap taste buku dia agak teruk sebab suka baca pasal god roman greek Egypt bla bla bla. Dia dengar je lah kawan dia bebel tapi dia suka je baca sebab best. Dia mencari buku Alex Flinn dan ternyata penulis itu belum lancarkan apa apa buku lagi buat masa ini.

Dia agak enjoy baca Beastly. Tu lepas tu dia cari buku Alex lagi. Bewitching pun bestttttt gilaaaaa sampai kan teringat la cerita tu masuk mimpi.

Sekarang dah masuk gaji sikit tu yang pi cari buku untuk baca. Kalau takdak duit selalunya dia korek korek google cari ebook. Dalam PDF pun okay laa. At least ada benda yang dia suka. Ingat lagi dulu dulu dia dapat cari The Mediator Series ditulis oleh Meg Cabot tapi entah mana dia pi buang.

Bila teringat balik jadi rugiiiii.

Dah lah satu series pula tuuuu.

SATU SERIES TU ADA TUJUH BUKUUUUU.

Okay Ain. Bertenang.

Ain mengeluh. Haih kelakar pula duk berangan dalam kedai buku. Selalu kalau tak ramai aku duduk je baca sikit sikit dekat dalam kedai ni. dah selalu dah buat. Kalau ada worker datang, alih dekat tempat lain. Acah acah nak cari buku lain dekat shelf lain.

Dia beralih ke shelf fiksyen melayu. Ain hanya mampu melalukan jari sahaja. Tajuk yang ada semua macam -------- (boleh buat orang muntah hijau)

Ada buku melayu dia boleh accept. Contohnya macam buku Ramlee Awang Murshid. Buku RAM basically boleh buat orang pecah kepala nak faham sebab;

1.buku thriller
2.kena baca dari awal, tak boleh nak skip skip
3.boleh bayang watak dia

Okay banyak lagi sebab sebab tapi takkan nak cerita satu satu.

Teringat buku Hlovate. Memang antara penulis melayu yang aku salute. Dia tak bagitahu pun jantina dia apa tapi buku dia kebanyakannya watak utama adalah perempuan. So boleh nampak la dari sudut pandangan dia, dah boleh teka dah yang penulis dia pun perempuan. Tapi macam mana dia boleh dapat idea gempak sampai dapat rasa yang benda ditulisnya tu benda yang pernah jadi dekat dia.

Contohnya macam buku aA+bB. Kisah Addin dengan Benz. Satu Malaysia rasanya tahu kisah mereka legend dan tak boleh nak diadaptasi menjadi drama. 

Ye laaaa kan sekarang banyak buku dah jadi drama.

Hmmmmm macam Suri Hati Mr Pilot bla bla bla

(aku bukan fan fanatic lofatah hmmm)

Ain tengok pula di bahagian Fixi. Buku dari publisher Fixi. Memang sampai ke sudah aku tak baca buku mereka. Ada baca sikit sikit. Pastu boleh skip pi belakang kejap pastu pi depan pastu pi tengah balik pastu dah faham cerita dia. 

Entah lah. Mungkin aku tak suka kut gaya penceritaan mereka sebab kadang kadang ada yang macam lucah sikit. (bagi aku laa)

Telefonnya dalam beg berbunyi tanda whatsapp masuk.
Telefon kesayangan sebab baru beli dan telefon yang dibeli mengguna kan duit dia sendiri. Mana tak sayang woi

Jatuh sikit pun rasa nak nangis tau.

Mama: Dekat mana tu?

Ain terbuntang mata. Halamakkkk lupa nak bagitahu mama yang dia keluar.
Dia terus whatsapp dan cakap dia ada dekat ioi cari buku. Dan sengih kejap. Sebab selalunya kalau keluar memang dia bagitahu tapi kali ini macam terlupa sikit huhu

Mama: elok2. Jangan balik lambat sangat.

Ain sengih. Bila dah besar dan boleh drive sendiri ni mama okay je nak lepas kan. Dolu dolu selalu kena pisau sebab asyik minta keluar je. Tapi sekarang dah bebas sikit. Cuma kita sebagai anak ni kena ada rasa hormat pada orang tua. Bagitahu la kau nak keluar. Jangan bagi mereka tak tahu apa apa.

Playlist  Walkman kesayangannya warna hitam itu bertukar lagu menjadi love so sweet nyanyian Arashi. Suka lagu ni dulu sebab layan Hana Yori Dango season 1 dan 2. Lepastu jadi fan Arashi. Lol aku ni Asian je layan. Bila dia berjalan seorang, dia agak selesa menyumbat telinganya dengan Walkman.

Ain mencapai buku Stephen King. Tak minat sangat tapi saja nak capai.

Tiba tiba ada tangan yang pegang sekali.

EHHHHH BANYAK LAGI BUKU, KAT SINI GAK NAK PEGANG KE

Ain panas hati tapi dia diam je. Wajahnya diangkat memandang pemilik tangan tersebut.

TERKEDU

Muka orang depan dia tu hanya senyum.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Ain hanya diam. Dia rasa nak blah sebenarnya.

“Minta diri dulu.” Okay jom blah. Jom jom.

“Ain sihat?” lelaki itu bertanya lagi.

Ain menelan air liur. Tak expect pun jumpa dekat sini.

TAPI KENAPA JUMPA DEKAT SINI?

Ain hanya mampu tersenyum kelat.

“Sihat. Alhamdulillah.”

“Taknak tanya Aiman sihat ke?” orang di hadapannya masih mengekalkan senyuman manisnya.

Dia menarik nafas. Tak tahu la kalau orang tu nampak aku tengah buat muka tak suka. Tapi lantak apa. AKU MEMANG TAKNAK JUMPA KAU DAH.

“Aiman sihat?” Ain memberi sengih kelatnya. Makin lama kakinya makin menuju ke pintu masuk Borders.

Lagu yang tiba tiba berdendang di telinga nya, Thought of you by John Park.

“Alhamdulillah sihat. Ain nak makan sekali tak? Dah lama tak jumpa.” Aiman memberi hint. Sungguh dia kata dia mula rindu.

“Eh takpe lah. Terima kasih. Ain kena balik dulu. Assalamualaikum.”

DIA TERUS BLAH.

SENGAL. SIAP BOLEH AJAK PI MAKAN.

KELAKAR APAAAAAAAAA

Ain menjerit dalam hati dan terus pergi ke tempat lain. IOI besar dan aku harap aku berjalan lepas ni aku takkan jumpa dia lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------

Buku Rentaka Sekalian Bijasura ditulis oleh CIk Srikandi dipegang lalu ditutup. 
Ternyata kejadian 2 hari lepas masih lagi terngiang di telinga.

Hmmmmm Aimannnnn….

Tiba tiba telefonnya berbunyi.

“Assalamualaikum AINNNNNNN.” Suara perempuan tiba tiba.

JAP JAP

SIAPA PULA PI CALL MALAM MALAM NI

“Waalaikumussalam. Siapa ni eh? Sorry tak save no.” kata Ain lagi. Serious aku memang tak tahu siapa.

“Ni hana niii. Ya Allah dah lupa ke? Kita kan sekolah rendah sama sama. Kita keluar sama kut hari tu. Sampai hati tak save lagi no aku” Hana ketawa mengekek dalam telefon sambil membebel bebel.

“YA ALLAH HANAAA OIIII” Ain dah turut menjerit. Geng geng dulu masa sekolah rendah. Mana boleh lupa. Hana antara best student masa dekat sekolah dulu.

“Sorry wehhh aku format phone. So semua contact sudah lupus.” Sambungnnya lagi. Takkan la nak pi bagitahu yang dia beli telefon baru kut.

“Ain wehhhh, sorry ganggu call kau malam malam. Tapi memang nak habaq awal awal.” Hana sambung cerita.

“Laaaa kenapa?” Ain pelik.

“Aiman.”

Suara hana menyebut.

Ain dah bengang. Dah kenapa la dua tiga hari ni aku  nak kena dengar nama dia pula ni.

“Dia kata dia dah tunang.” Hana sambung cerita.

Ain makin pelik. Ha sudah. Kenapa la dia tunang kena bagitahu aku. Biar pi la dia tu. Life dia kan.

“lepas tu?” ain buat muka.

“bukan apa… dia kata dia tunang kau.”

Terbuntang mata Ain.

KEPALA BANA DIAAAAAAA

“MANA ADAAAA WEHHHH.” Dia terjerit.

MELAMPAU MAMAT NI

SERIOUS DAH MELAMPAU.

Takkan aku reject makan tengah hari hari tu, dia dah buat perangai sialan dia.

OH SHIT

Ain dah mula mencarut walaupun dia taknak.

“Dia bagitahu semua orang ke hana?” Ain bertanya lagi. Dah tenang sikit walaupun tangannya masih menggeletar sebab marah sangat.

Dah rasa macam nak nangis dah ni.

“Haah. Dia tulis dekat group sekolah rendah kita tu. Kau kan tiba tiba left hari tu kan. Lepastu mirul masukkan dia. Dua tiga hari lepas tu, dia tiba tiba announce benda tu. Tu nak tanya kau tu. Betul ke?” Hana rancak bercerita.

Menitis air mata sedikit bila dengar. Hana tak tahu cerita dia dengan Aiman. Dia tak rasa nak bagitahu pasal Aiman. Sebab dia rasa benda tu dah lepas. Benda tu tak perlu nak ingat dah. Sebab dia rasa dia dah berubah. Tak perlu nak tayang kan aib sendiri.

Tapi kenapa pula tiba tiba jadi macam ni?

“Hana, kau sorang je yang paham aku kan? Aku tak pernah jumpa dia weh. Serious. Lepas tu tiba tiba dengar berita ni, semua tu tipu. Dia tak jumpa parents aku.” Part ‘tak jumpa’ tu memang tipu. Tapi lantak apa.

SERIOUS  INI SEMUA MENGARUT.

Ain menghembus nafas kasar.

Tak sangka kau main kasar.

Tak sangka.

----------------------------------------------------------------------------------


Ain berhadapan dengan Aiman.

Mocha di hadapannya dihirup.

Aiman hanya memandangnya.

Dan pandangan tu sangat tajam.

Sial, baru hari ni nampak psycho. Serious. Seram pun ada sekarang ni.

“Apa sebab kau cakap macam tu?” Ain memecah kesunyian.

Kecoh hari khamis lepas pasal dia tunang aku dekat group whatsapp. Mana tak aku jadi berangin satu badan. Takde angin ribut tiba tiba dia announce macam tu. Memang macam minta kaki. Tak reda lagi kisah dekat group tu. 

Masih ramai lagi yang bertanya tanya. Aku hanya read sahaja. Mulut Hana pun sudah ku tutup.

Biar la orang nak tanya apa. Jangan nak jawab apa apa. Itu yang dipesan aku pada hana.

Aiman hanya sengih.

OKAYYYY NI SERAMMMM

“Kau rasa apa?”

SHIT. Ni bukan kisah thriller nak main teka teka la sakai.

Dah ribuan carutan dalam hati dia. Makin panas je hati ni. rasa nak simbah dah air ni dekat muka dia.

Memang Ain akui, Aiman seorang yang tampan bergaya.dengan muka putihnya, badan sado (eheh) tapi takde nya nak pandang kalau perangai psycho macam ni

“Cakap je la apa. Tak payah nak buat teka teki dekat sini.” Suara Ain makin kasar. Mampus. Orang nak kata dia apa. Aku tak kisah.

Suasana Starbucks masih hening dengan masyarakat sekeliling.

“Aku just nak kau. Tu je.” Simple.

BABIIIIIIII

AKU TAKNAK TAHU TU LAAAAAAA

SIAPA JE YANG NAK DEKAT KAUUUU

SERIOUS AKU RASA MAMAT NI ADA MASALAH MENTAL. SERIOUS.

Aku rasa macam aku tengah menghadapi cerita thriller.

Ain menarik nafas kasar. Dia taknak lengah lengah kan benda ni . kalau abah mama tahu, masak dia nanti. Memang masuk oven.
“lepas ni aku akan jumpa parents kau lepas tu kita kahwin. Settle.” Sambung Aiman lagi. Dia memang nak kahwin dengan Ain. Salah ke?

Ain buat muka.

Dah ulang beribu perkataan ‘sialan’ dalam hati. Dulu suka cakap perkataan ni masa belajar diploma dulu. Lepas dah habis degree ni baru rasa nak guna balik. 

Sebab mamat ni rupanya.

Ain masih ada rasa ragu ragu. Masih ada benda yang dia kena tahu.

Dia bukan jenis orang yang ‘nikah baru bercinta’ maaf la. Dia bukan jenis macam tu. Macam mana kau nak hidup semati (kononnya) kalau kau tak kenal orang tu. Aku bukan jenis macam orang sekarang. Lepas tu kahwin dua tiga tahun, dah ada anak sorang nak bercerai.

Kelakar apa.

Memang la kenal lama pun tak semestinya boleh kekal perkahwinan tu tapi kalau kena kahwin dengan mamat psycho macam ni, siapa je yang nak.

“Tak tak. Aku takkan terima. Kau buat la macam mana pun, aku takkan terima.” Tangannya diangkat lalu dihayun dua tiga kali kiri dan kanan.

No no no

Aiman hanya senyum lagi. Di sua pada Ain

Dan Ain masih rasa yang Aiman ada benda yang dia rancang. Dan dia guna kan aku untuk kegunaan dia.

“Aku buat kau terima aku ain.” Aiman berkata dengan nada yang perlahan.


“Serious..” Makin perlahan.


-----------------------------------------------------------------------------------

Sorry aku end kan untuk part 1 sebab scene after this tak sempat nak tulis walaupun dah ada dalam kepala otak. btw, if dah baca, boleh komen ye. just submit dekat bawah post ni
Ada satu scene memang pernah jadi so saja jadikan base untuk buat cerita hahahhahahahhhah
 

Atheist

Malam tadi buka facebook kejap sambil dengar buzz-dont know man. Ye lah suara min kyung hoon merdu sangat (ternyata aku macam minat rock ballad)

Pastu tiba tiba scroll down wall fb tu terbaca yang melayu yang dahulu kononnya islam sudah menjadi seorang atheist atau yang dia kata --> dia takde agama

Dia kata yang dia percaya adanya kewujudan tuhan (iaitu Allah) dan Rasul (Nabi Muhammad SAW)

dia sambung; yang sebelum dia menjadi seorang yang tiada agama,  dahulunya dia seorang pendakwah islam (bagi aku ni statement paling kelakar)

Dia marah orang bash (of course) siap tulis nama lain pula. Basically family dia tak tahu yang dia dah jadi macam ni.

Aku tak paham satu benda. Atheist ni apa sebenarnya? Orang yang tak percaya agama ke atau tak percaya ada tuhan?

If dia kata dia percaya tuhan tu ada (Allah)  dan Nabi, basically dia sebenarnya masih ada agama. Yang duk ngaku kau takdak agama tu kenapa? Hmm rasanya time agama masa sekolah dulu ni tido kut.

Bagi aku la, dia sebenarnya cari alasan taknak laksanakan apa yang ajaran Islam suruh. Mungkin dia rasa solat puasa segala benda tu tak bagi manfaat kut. Hmm mungkin.

Tak berani pula dia kata takdak tuhan (yela kan ngaku dah takde agama)

Takut kena panah petir ke bang oi

Allah bagi cash je bang

Hang tunggu je

Pernah tak

Pernah tak rasa kosong?

Pernah tak kau rasa kau nak hilang dari semua orang?

Pernah tak kau rasa nak end je life kau?

Its not depression since i have YOU

ALLAH.

Ya Allah, berikan kekuatan pada hamba mu ini.

Iphone 7

Tak di nafikan siapa yg pakai iphone ni kaya. 

So siapa yg pakai iphone jangan marah bila orang lain ada judgemental sikit dengan awak hanya sebab awak pakai iphone.

Siapa yg ada rasa macam tu,  its okay sebab lumrah gais. Memang akan ada rasa yang

"kaya la kau sebab pakai iphone"

Tapi kena ingat awak. Mungkin dia kumpul duit nak beli iphone sebab dah lama berangan.

Atau mak dia sponsor sebab dapat result gempak time exam.

Atau memang dapat birthday gift.

Atau dia memang dah kerja pastu ada duit. So boleh la beli iphone.

Basically it goes to one thing. Everyone have their own struggle to get what they want.

Mereka berusaha untuk dapat kan iphone sampai kerja pagi petang siang malam.

Jadi bila dapat beli iphone, benda tu macam hadiah buat diri sendiri sebab berusaha lebih.

P/s; pengguna android pun kaya juga

Kalau tak mcm mana boleh beli samsung s8 tu hihi